SOAL-JAWAB URUSAN PERNIKAHAN DI THAILAND


Assamu’alaikum wbk,
Saya menyediakan perkhidmatan bagi pasangan yang ingin berkahwin di Selatan Thailand. Semua urusan dikendalikan oleh saya sendiri sehingga selesai.
Kenapa harus anda menggunakan perkhidmatan saya?
  • Kos yang dikenakan adalah termurah di pasaran.
  • Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.
  • Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.



Pengesahan Konsul Malaysia (Kedutaan Malaysia) di Songkhla siap pada hari yang sama.



Semua urusan beres dalam satu hari sahaja.



Semua Jurunikah yang bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia.



Semua dokumen pengesahan oleh Konsul Malaysia adalah sah dan boleh digunakan untuk mendaftar semula di Jabatan Agama Islam Malaysia.



Apakah kos yang terlibat dengan perkhidmatan ini?



Pakej lengkap termasuk:



Pengangkutan pergi dan balik dari Kangar ke Hatyai dan Songkhla sehingga selesai urusan pernikahan dan pengesahan dokumen.



Bayaran Perkhidmatan Jurunikah/Kadhi dan 2 orang saksi dan lain-lain yang berkaitan.



Bayaran Sijil Nikah, Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla, fotostat dokumen dan Surat Pengesahan dari Konsul Malaysia di Songkhla.

 

Tidak ada lain-lain kos tersembunyi yang perlu anda bayar. Semuanya lengkap dalam pakej yang disediakan.



Bagaimanakah proses ini dijalankan?



Bertolak dari  Kangar/Airport Alor Star/Bukit Kayu Hitam jam 8.00 pagi atau lebih awal ke Bukit Kayu Hitam/Dannok. Perjalanan mengambil masa 30 minit.



Sampai di Pekan Bukit Kayu Hitam dan Dannok – Urusan Pasport dan tukar wang Thailand Baht menambil masa 10 – 20 minit.



Bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk upacara akad nikah dan surat pengesahan perkahwinan anda. Perjalanan mengambil masa satu jam.

Proses/Urusan pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dalam masa  30 minit.



Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan status perkahwinan anda. Dari MAIS mengambil masa antara 15 - 20 minit.



Proses/Urusan pengesahan di Pejabat Konsul Malaysia mengambil masa antara 30 minit - 1 jam.



Semua urusan dijangka selesai sebelum jam 1 tengahari atau sebelum 5.00 petang.



Selesai



Acara Bebas



Bertolak balik ke Kangar.



Bagaimanakah cara saya hendak menggunakan perkhidmatan ini?



Anda boleh email atau SMS kepada saya dengan memberithu tarikh yang anda hendak berkahwin. Kebiasaannya 2 hari sebelum pergi ke Thailand kecuali bagi kes-kes kecemasan.



Bilakah saya perlu bayar untuk pakej perkhidmatan ini?


Anda TIDAK PERLU membayar apa-apa wang Deposit. Anda dikehendaki menjelaskan Bayaran tunai kepada saya semasa hendak bertolak ke Thailand.

Betulkah semua urusan siap dalam masa satu hari sahaja?

WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN SEPENUHNYA SEKIRANYA URUSAN TIDAK SIAP DALAM SATU HARI SEPERTI YANG DIJANJIKAN (Sekiranya bertolak sebelum jam 9.00 pagi); KECUALI SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. INSYAALAH



Adakah keselamatan kami dilindungi apabila berada dinegeri Thailand?



Bagi memastikan keselamatan, penipuan dan dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab di Thailand saya sendiri akan pergi bersama-sama mengiringi pasangan yang hendak berkahwin dari Kangar ke Thailand sehingga kita selamat kembali ke Kangar, Malaysia. Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah.


Apakah saya akan dapat selepas selesai semua urusan di Songkhla?

SETELAH SELESAI ANDA AKAN MENDAPAT DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT:

1. Surat Akuan Nikah (Sijil Nikah).
2. Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla .
3. Surat Pengesahan Status Perkahwinan anda dari Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.


Semua dokumen yang diperakui sah oleh Konsul Malaysia adalah diiktiraf oleh pihakberkuasa Agama Islam di Malaysia dan boleh digunakan untuk mendaftar pernikahan anda di Malaysia.

Untuk Keterangan lanjut:
Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila perkenalkan diri anda, negeri asal anda dan pasangan, status kedua pasangan, latar belakang kes dan nombor telefon untuk dihubungi.



Sila emailkan kepada wanzarma@yahoo.com.my.  InsyaAllah saya akan menghubungi anda semula dengan secepat mungkin.



Saya hanya akan melayani mereka yang memperkenalkan diri dan benar-benar serius sahaja.



Salam dari saya.

Terima Kasih.



WAN MAKHDZAR BIN WAN MAHMUD



K/P: 470428-09-5079

H/P: 019 529 4949

Faks: 604 9764686

email: wanzarma@yahoo.com.my

http://wanzarma.blogspot.com