PROSEDURE KAHWIN DI THAILAND?

CARA NAK KAHWIN DI SIAM THAILAND



BAGAIMANAKAH CARA DAN PROSEDURE HENDAK BERKAHWIN DI THAILAND?

Setelah anda membaca semua artikel dan maklumat dalam blog ini dan faham kandungannya serta berpuasa hati dengan latar belakang perkhidmatan ini, dan anda telah pun membuat keputusan yang muktamad hendak berkahwin di Thailand, maka langkah seterusnya anda perlu lakukan ialah:

PERTAMA:
Tetapkan tarikh anda hendak berkahwin dan maklumkan atau booking tarikh tersebut dengan SMS atau email. Tarikh tersebut akan direkod sehinggalah anda membatalkannya.

KEDUA:
Sediakan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport antarabangsa atau border pass bagi kedua pasangan.
Sediakan kad pengenalan kedua pasangan (asal)
Sediakah duit Maskahwin dan wang saku dan sebagainya.

KETIGA:
Bertolak dari Kangar/airport Alor Star/Bukit Kayu Hitam antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi.
Bertolak ke Thailand untuk akad nikah dan pengesahan dokumen seterusnya.


KEEMPAT:
Selepas selesai semua urusan -- bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam dan seterusnya ke Malaysia.


TINDAKAN ANDA :

Tetapkan dan maklumkan tarikh bila hendak pergi berkahwin di Thailand. (sms atau email)

Pastikan anda telah membeli tiket bas, keretapi atau kapal terbang untuk perjalanan anda.

Sila berikan maklumat lanjut anda dan pasangan seperti nama dan nombor telefon serta latar belakang kes anda jika belum dimaklumkan kepada saya.

Maklumkan berapa orang yang hendak datang termasuk anda dan bakal isteri anda.

Pastikan semua dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di atas di penuhi dan siap-sedia.

Tetapkan di mana hendak berjumpa sama ada di Bukit Kayu Hitam, Airport Alor Star atau di Stesyen Bas Kangar pada pagi hari hendak bertolak ke Thailand.