MAKLUMAT URUSAN PERKAHWINAN DI SONGKHLA
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI BEKERJA (ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS DAN JUMAAT):
Akad nikah akan dijalankan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Anda akan mendapat Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla serta merta selepas selesai akad nikah. Selepas itu anda akan dibawa ke Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla untuk pendaftaran dan pengesahan.
Akad nikah dijalankan oleh salah seorang Jurunikah/Naib Kadi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan disaksikan oleh 2 orang Naib Kadhi Majlis Agama Islam Songkhla. Sijil Nikah ini mempunyai cop materi Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Sijil ini adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Semua urusan nikah kahwin dan pengesahan dokumen oleh Konsulat Malaysia boleh selesai dalam satu hari sahaja iaitu pada hari yang sama.
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM THAILAND:
Semua urusan akad nikah adalah sama seperti hari bekerja cuma pada hari kelepasan am/cuti pengesahan Konsulat Malaysia tidak dapat dilakukan pada hari tersebut sebab pejabat cuti. Hanya akad nikah sahaja boleh dilakukan. Anda akan mendapat Sijil Nikah (original) serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan diberi pada hari yang sama.
Anda atau salah seorang dari anda dikehendaki datang semula pada hari bekerja yang lain untuk mendapatkan Surat Pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla.
PAKAIAN
PERTUKARAN MATA WANG THAI KERAGUAN
TEMPAT AKAD NIKAH DIJALANKAN:
URUSAN PERNIKAHAN DIJALANKAN DI PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN DISAKSIKAN OLEH SAKSI YANG BERJAWATAN NAIB KADI SYARIE JABATAN BERKENAAN. JADI SEMUA DOKUMEN ADALAH TULIN DAN SAH (BUKAN SINDIKET) SERTA DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
SAKSI ORANG MALAYSIA:
Ada kalanya mahkamah Syariah di Malaysia memerlukan keterangan daripada rakyat Malaysia yang turut berada dan menyaksikan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Thailand. Jadi pasangan digalakkan membawa sekurang-kurangnya seorang pemerhati (lelaki) untuk tujuan tersebut. Walau bagaimana pun ini tidaklah menjadi satu kemestian dan menghalang tujuan anda.
KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN
Bagi memastikan keselamatan, penipuan dan dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab di Thailand saya sendiri akan pergi bersama-sama mengiringi pasangan yang hendak berkahwin dari Malaysia ke Thailand sehingga kita selamat kembali ke Malaysia.
Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah.
MAKLUMAT JURUNIKAH
Semua Jurunikah/Kadhi mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Songkhla dan di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia.
Urusan Pernikahan menggunakan Wali Hakim
Dua orang saksi di sediakan.
PAKAIAN
Pakaian Bebas.
Dimajlis akad nikah pakaian hendaklah sopan dan bersesuaian dengan majlis. Bilik persalinan disediakan.
SYOR HARI BERNIKAH:
Untuk membolehkan semua urusan akad nikah dan pengesahan dokumen pada hari yang sama anda dinasihatkan supaya mengaturkan tarikh perkahwinan hanya pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
Hari Sabtu dan Ahad dan Kelepasan Am Malaysia dan Thailand hanya akad nikah sahaja boleh dilaksanakan. Urusan pengesahan Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia tidak dapat diuruskan pada hari yang sama dan terpaksa menunggu dalam tempoh satu atau dua minggu.
PERTUKARAN MATA WANG THAI
Jika anda hendak berbelanja makan minum dan membeli belah di Hatyai atau Songkhla - Tukar Wang Malaysia kepada Baht Thailand.
Jika hendak berbelanja makan minum dan beli belah di Dannok (Pekan bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam) boleh guna duit RM Malaysia..
Matawang Thai boleh titkar di Pekan Dannok, Sadao dan Hatyai.
Matawang Thai boleh titkar di Pekan Dannok, Sadao dan Hatyai.
Sekiranya anda masih ragu-ragu berkenaan tauliah kadhi anda boleh telefon terus pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Anda boleh telefon bahagian Akademik dan Perhubungan Luar dan bertanya sendiri Yang Dipertua MAIS Wilayah Songkhla iaitu Tuan Hj. Zakaria bin Saleh (074-580707). Anda boleh juga menhubungi Encik Mohd Nasir Awang, Pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla (074-311062).
Keputusan ditangan anda. Buatlah pilihan yang bijak. Saya hanya sekadar membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan ini